Ekor Taufan Lemina : Masjid Beri Sumbangan, Bantu Ringankan Beban Mangsa

331

Susulan bencana ekor taufan lemina yang melanda beberapa negeri di utara tanahair semalam, beberapa laporan kerosakan harta benda telah direkodkan oleh pihak berkuasa.

Seramai 22 orang daripada empat keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Masjid Kuala Juru, SPT pada jam 8.30 pagi tadi.

Selain masjid tersebut, Dewan Kafa Kuala Juru, SPT juga dibuka bagi menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga. Manakala, di bahagian pulau pula, 42 penduduk Mutiara Idaman Satu dipindahkan ke pusat pemindahan Masjid Hashim Yahya, Jelutong kerana kediaman mereka rosak akibat ribut malam tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini namun dua penunggang motosikal dilaporkan cedera kerana ditimpa pokok.

Kawasan sangkar ikan di beberapa pulau kecil di sini turut terjejas akibat dipukul ombak dan angin kuat.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Seberang Perai menerima128 laporan pokok tumbang membabitkan 98 lokasi di kawasan tanah besar.

Ekoran itu, Masjid Permatang Janggus yang terletak di Seberang Perai Tengah telah mengambil inisiatif bagi membantu warga khariah untuk meringankan beban mereka.