Disifatkan Gagal Terjemah Maksud ‘Antarabangsa’, Exco Kedah Diserang

561

Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris hari ini diserang pengguna media sosial apabila dilihat gagal menterjemah maksud sebenar perkataan ‘antarabangsa’ melalui status yang dimuatnaik di facebook milik beliau.

Beliau menulis;

Saya tak sangka majlis semalam dihadiri peserta Filipina, Thailand dan negara-negara lain.

Majlis Makan Malam sempena Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan di Dewan Seri Mentaloon Anak Bukit, Alor Setar.

Susulan itu, status berkenaan telah diserang oleh wargamaya yang menegur dan tidak kurang ada yang memperlekeh Exco tersebut.

Untuk rekod, Exco yang sama juga terpalit dengan kontroversi perasmian tugu wira Jepun pada Mac lalu.