Genap Setahun Menabur Janji, Kini Dimana Zeti Menghilangkan Diri?

524

Hari ini, genap setahun mantan Gabenor Negara, Tan Sri Zeti Aktar Aziz menabur janji bahawa kerajaan yang dinanugi Pakatan Harapan akan mengumumkan berkaitan pemansuhan tol pada minggu berikutnya.

Malaysiakini pada 17 Mei 2018 melaporkan;

Majlis Penasihat Kerajaan berkemungkinan besar membuat pengumuman tentang bayaran tol seawal-awalnya minggu depan, kata Tan Sri Zeti Aktar Aziz.

Zeti yang juga seorang daripada lima anggota Majlis itu berkata mereka akan bermesyuarat sekali lagi dengan agensi berkaitan dan pihak berkepentingan minggu depan berhubung penstrukturan semula tol.

Bagaimanapun bekas Gabenor Bank Negara itu berkata beliau tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai isu berkenaan hari ini sekalipun baru sahaja mengadakan mesyuarat dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Berhad yang merupakan pemegang saham PLUS, syarikat konsesi tol terbesar di negara ini.

“Saya tidak mempunyai semua angka dan perincian mengenainya. (Bekas Menteri Kewangan) Tun Daim Zainuddin yang akan buat pengumuman apabila satu keputusan dicapai.

“Tugas ini sangat rumit dan kami semua komited untuk mencapai penyelesaian yang dapat menjaga kepentingan rakyat, semua orang berharap suasana berubah menjadi lebih baik dan kami harap kami dapat realisasikannya,” katanya semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat itu hari ini.

Pakatan Harapan yang berjaya memenangi pilihan raya umum ke-14 minggu lepas, antara lain berjanji untuk memansuhkan kutipan tol dalam manifesto pilihan rayanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata satu penyelesaian yang tepat dan menyeluruh diperlukan untuk menangani isu lebuh raya bertol.

“Kita harus sedar banyak wang telah dilaburkan menerusi pasaran modal, justeru perlu ada suatu imbangan dalam situasi ini,” katanya.

– Bernama

Walau bagaimanapun, selepas genap setahun janji dibuat, kerajaan didapati hanya berupaya untuk mencadangkan pemansuhan tol kepada pengguna diantara jam 11 malam sehingga 5 pagi seperti mana yang dilaporkan media pada 23 Februari lalu.

Sungguhpun begitu, cadangan itu disambut dengan hambar dan sesetengah daripada rakyat menyifatkan pemansuhan itu tidak ikhlas kerana hanya melibatkan waktu yang kurang sesuai.

Persoalan yang timbul sekarang, kemana kah hilangnya Tan Sri Zeti Aktar Aziz? Rakyat terus menanti janji yang dibuat beliau walaupun janji tersebut dibuat setahun yang lalu.