Google Bakal Hentikan Sokongan Teknikal, Tamatkan Kolaborasi Android dan Google Servis Dengan Huawei.

506

Reuters melaporkan bahawa Google telah menggantung kesemua aktiviti perniagaan dan urusan dengan Huawei. Ini termasuk pemindahan hardware serta software – kecuali ianya di bawah sumber lesen terbuka.

Seterusnya, selepas ini google akan berhenti daripada membekalkan sokongan teknikal serta menamatkan kolaborasi Android dan Google Servis dengan Huawei.

Pada Khamis lalu, pentadbiran Trump secara rasminya, menyenaraikan Huawei dalam senarai hitam dalam perniagaan. Ini akan membuatkan Huawei sukar untuk berurusan dengan USA serta merta.

Pentadbiran Trump memutuskan untuk memaksa kesemua syarikat berpangkalan di USA agar menamatkan segala urusan dengan Huawei.

Berita ini memberikan lebih tamparan kepada Huawei yang baru sahaja melancarkan telefon pintar Huawei P30 mereka.

Huawei sebelum ini mengugut bahawa; jika Washington menghentikan kerjasama denagn Huawei, kedua-dua pihak akan kalah-kalah. Ianya dimuat naik oleh Huawei dalam tweet mereka.

Jelas sekali Washington tidak tunduk dengan mesej berbaur ugutan daripada Huawei itu.

Pengguna Huawei selepas itu tidak akan dapat akses kepada kemaskini Android yang terbaru.

Lebih parah, telefon pintar Huawei yang akan datang tidak boleh lagi menggunakan servis daripada Google Play Store dan Gmail dan beberapa perisian yang popular.

Impak paling besar dirasai oleh smartphone Huawei yang baru di luar China.

Reuters juga menegaskan bahawa Huawei sedang menilti isu ini secara spesific dan masih berbincang secara internal.

Pada Sabtu, CEO Huawei, Ren Zhegfei memberitahu wartawan bahawa Huawei sudah bersedia dengan sebarang impak seperti ini. Mereka juga menyatakan Huawei sudah ada OS sendiri untuk menggantikan Android sekiranya berlaku penamatan akses.

Namun persoalannya kini, adakah pengguna Huawei menerima perubahan itu?