Guan Eng Dilepas Dari Sebarang Tindakan Walaupun Laporan PAC Sahkan Beliau Berbohong Di Dewan Rakyat

744

Dari Facebook Datuk Seri Najib Razak;

Guan Eng terlepas dari sebarang tindakan setelah disahkan membohong dalam Parlimen.

Speaker Parlimen lantikan PH kata tiada unsur provokasi dalam ucapan Guan Eng bahawa “BN telah rompak RM19.4 bilion duit GST.”

Speaker memberi alasan tiada unsur prima facie dalam dakwaan Lim terhadap kerajaan terdahulu menyalahgunakan wang bagi tujuan pembayaran balik GST.

Ye, Guan Eng tak provoke. Tak ada unsur cuba berbohong untuk burukkan kerajaan BN dahulu.

Ye lah tu.

“Rule of Guan Eng” lagi power dari “Rule of Law”.

Selepas ini, bagaimana Rakyat nak percaya semua jawapan-jawapan yang diberi oleh mana-mana menteri PH dalam Parlimen.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/17/pembangkang-keluar-dewan-berang-guan-eng-tak-disiasat-kerana-isu-gst/

Klik gambar untuk baca artikel penuh

Semalam, Lim Guan Eng ketika memberikan komentar berhubung perkara yang sama ketika ditanya wartawan, beliau menegaskan bahawa beliau sedia untuk "layan dan lawan".

Klik gambar untuk baca artikel penuh

Apakah tindakan melepaskan Lim Guan Eng dari tindakan ini adalah sebahagian dari taktik "layan dan lawan" yang dimaksudkan Lim Guan Eng?