Guru, Kakitangan Sekolah Persendirian Cina Pulau Pinang Antara Penerima Bantuan Khas Kewangan Dari Kerajaan Negeri Sempena Aidilfitri?

657

Sejak semalam, tersebar melalui sistem pesanan whatsapp satu fail PDF dengan tajuk Surat Edaran BKK Tahun 2019.

SURAT-EDARAN-BKK-TAHUN-2019-1

Berdasarkan surat edaran tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilihat telah menggariskan beberapa kategori penerima mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Kadar agihan berdasarkan “Surat Edaran BKK Tahun 2019”

Sebuah halaman facebook, Seademon.TV mempertikaikan kewajaran kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan pemberian ‘bonus’ tersebut kepada sekolah persendirian cina dengan menulis;

GURU DAN STAF SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA PUN DAPAT BONUS DARIPADA KERAJAAN NEGERI?

Sejak bila sekolah persendirian masuk di bawah bajet kerajaan?

Apa kata kita semua buka sekolah persendirian. Boleh tumpang sekaki kah?

Untuk rekod, sebelum ini kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2012 juga pernah memberikan bonus kepada guru dan kakitangan sekolah menengah persendirian cina seperti yang dilaporkan portal Buletin Mutiara.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang menyerahkan RM300 seorang atau keseluruhannya RM166,500 bonus akhir tahun kepada 555 guru dan kakitangan sekolah menengah Cina persendirian.

Bercakap kepada pemberita, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyatakan bahawa pentadbirannya berhasrat memberikan RM600 wang bonus secara sekaligus pada tahun 2019, bukan lagi pada awal tahun dan akhir tahun seperti hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang berharap para penerima berwajib dapat berbelanja sebaik, sebagaimana bonus dinikmati kakitangan kerajaan serta beberapa golongan lain sebelum ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut sertai majlis pemberian bonus tersebut di Komtar pada 5 Disember 2018.

Kali ini, seramai 156 penerima bonus adalah dari Sekolah Menengah Han Chiang diikuti Sekolah Menengah Jit Sit Persendirian (163), Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian (142), Sekolah Menengah Perempuan China (58) dan Sekolah Menengah Phor Tay Persendirian (36).

Sejak tahun 2012, Kerajaan Negeri telahpun mengagihkan RM1,693,200 kepada guru-guru dan staf-staf lima sekolah menengah Cina persendirian berkaitan.