Harga Kenderaan “Recond” Naik Mulai 1 Mac Lepas

697

Harga pasaran untuk kenderaan pasang siap diimport terpakai (recond atau reconditioned) telah meningkat mulai 1 Mac lalu.

Ini berikutan pengumuman penilaian terbaharu untuk Nilai Kos, Insuran dan Tambang (CIF) bagi kenderaan tersebut yang digazetkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 12 Akta Kastam 1967 (Act 235).

Menurut sumber Careta, peningkatan Nilai CIF akan menjadikan harga jualan meningkat kerana kesemua cukai-cukai yang terbabit (duti import, duti eksais dan cukai jualan) adalah berdasarkan harga CIF.

“Bila harga CIF meningkat, maka jumlah yang dikenakan cukai juga meningkat,” ujar beliau.

“Kesemua model-model popular di pasaran recond mengalami peningkatan tersebut. Contohnya, harga MPV mewah Toyota Alphard dan Velfire meningkat antara RM10,000 ke RM15,000,” tambahnya lagi.

Kenaikan yang banyak itu mustahil untuk diserap semuanya oleh pengimport dan kemungkinan besar kenaikan itu akan dirasakan oleh pasaran.

Ini juga akan merapatkan lagi jurang harga antara kenderaan import terpakai ini dengan model-model baharu yang dijual oleh pengedar rasmi di Malaysia. 

Di bawah ialah antara model-model recond popular yang bakal melihat peningkatan harga model-model dari jenama:

  • Alfa
  • Romeo
  • Audi
  • Aston Martin
  • Bentley
  • BMW
  • Chrysler
  • Dodge
  • Ferrari
  • Fiat
  • Ford
  • Honda
  • Infiniti
  • Jaguar
  • Jeep
  • Lamborghini
  • Land Rover/Range Rover
  • Lexus
  • London Taxi
  • Maserati
  • Mazda
  • Mc Laren
  • Mercedes Benz
  • Mini
  • Mitsubishi
  • Nissan
  • Porsche
  • Rolls Royce
  • Smart
  • Subaru
  • Toyota
  • Tesla
  • Volkswagen