Harga Runcit RON95, RON97 Turun, Diesel Kekal

198

Harga runcit petrol RON95 turun 5 sen kepada RM1.93 sen seliter berbanding RM1.98 sen untuk tempoh 2 Februari sehingga 8 Februari 2019.

Sementara RON97 turut turun 5 sen kepada RM2.23 sen seliter berbanding RM2.28 sen seliter untuk tempoh sama.

Bagi harga runcit diesel pula ia kekal tidak berubah pada RM2.18 sen seliter.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, penurun RON95 susulan penurunan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia didorong faktor peningkatan pengeluaran pasaran global.