Harga Telur Gred ‘D’ Naik Mendadak Sehingga RM1.90 Dalam Tempoh Sebulan Di Pulau Pinang

998

PULAU PINANG, 04 Ogos 2019 – Seorang pemilik halaman facebook hari ini mengongsikan satu hantaran yang menunjukkan harga telur gred ‘D’naik mendadak sehingga RM1.90 dalam tempoh hampir sebulan.

Shamshu Sharliza secara sinis melalui hantaran di facebook miliknya menulis;

Telo gred D..
07/07/19 – RM 7.90
21/07/19 – RM 8.30
05/08/19 – RM 9.80

Alhamdulillah.. kita dapat membantu menaikkan ekonomi penternak ayam. Bantu-membantu amalan mulia. Jd org jangan malas!!! Buat apa saja kerja untuk bangunkan ekonomi kita demi kemakmuran tanahair🥰🥰🥰

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada Julai tahun lepas mempertahankan hasil kajian pihaknya yang mana 70 peratus barangan pengguna mengalami penurunan harga sejak cukai barang dan perkhidmatan (GST) dihapuskan 1 Jun 2018.