Hina Melayu Ketika Menteri Agama Bersiaran Langsung, Lelaki Mohon Maaf

2509

Seorang lelaki berbangsa cina, Wong Man Hong tampil membuat permohonan maaf kepada umum selepas cara penulisan yang dimuat naik beliau melalui komen yang dibuat ketika Menteri Agama, Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri bersiaran langsung di Facebook telah mengguris hati orang Melayu dan menjadi tular.

Kata Wong,

Tangkap layar dari Facebbok Wong Man Hong

Dengan ikhlas,saya bernama Wong Man Hong di sini ingat memohon maaf daripada semua pengguna Facebook terutamanya kaum Malay atas komen yang mengandungi penghinaan terhadap kaum melayu di Live NTV7,Live SIN CHEW DAILY Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Agama)pada 14 Mei 2020,pukul 3:35 petang.
Saya Wong Man Hong amat menyesal dan berjanji tidak akan ulang kesalahan ini lagi.
Sekali lagi,saya berharap minta maaf kepada kaum melayu.

Terdahulu, komen berbaur penghinaan terhadap bangsa melayu yang dibuat Wong menjadi tular di laman sosial.