#HPU914 : Najib Bayangkan Khalid Samad Berbohong

312
KUALA LUMPUR - 09 OCTOBER,2018.Khalid Abdul Samad Ministry of Federal Territories . Photo by :Low Yen Yeing

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melalui satu status yang dinaikkan di facebook miliknya mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad melakukan pembohongan berhubung permohonan jumlah kain rentang yang akan digantung bersempena Hipunan Penyatuan Ummah (#HPU914) yang akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini.

Najib menulis;

Saya tak pasti Menteri PH ini sama ada seorang pembohong, lembab membaca atau lemah matematik.

Dia kata permohonan hanya untuk 150 bunting (gegantung) sahaja.

Tapi terang-terang surat permohonan adalah untuk 1,000 bunting.

Selepas DBKL menurunkan bunting-bunting UMNO dan PAS, Menteri PH ini pun kata:

“Permohonan untuk 150 bunting sahaja. Tapi pasang 1,000 lebih. Kejujuran pejuang islamlah katakan. Bab bunting pun nak menipu. Beraraklah bersama dengan penipu2 yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka. Sudah terang lagi bersuluh.. atau.. tak pandai kira? Hahaha.”

Ok, Menteri PH.

Siapa yang tak jujur, siapa penipu dan siapa yang memperalatkan agama sebenarnya?