Ikea Batu Kawan; Penduduk Setempat Bakal Terkejut Dengan Kos Penghantaran Ke Rumah

449

Ribuan warga Seberang Perai Selatan yang menyerbu IKEA Batu Kawan di Bandar Cassia di sini, sempena hari pertama operasi gedung kelengkapan rumah itu pada Khamis lalu pastinya amat teruja kerana ia berdekatan dengan kediaman mereka.

Namun begitu, bagi yang mahu menggunakan khidmat penghantaran ke rumah pasti akan mendapat sedikit kejutan.

Berdasarkan semakan yang dilakukan, didapati Ikea mengenakan bayaran pada kadar yang sama rata terhadap penduduk berhampiran yang diklasifikasikan sebagai Zon A iaitu pada kadar RM75.

Semakan kadar bayar untuk zon lain boleh dibuat melalui url https://m2.ikea.com/my/en/files/pdf/e9/2d/e92d69be/delivery-service-for-ikea-batu-kawan.pdf