Individu Terlibat Sediakan Memorandum Bantah ‘Penswastaan’ JKR Disiasat?

1107

Semalam tular sekeping gambar yang menunjukkan sebuah memorandum bantahan penswastaan JKR yang telah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Menurut isi kandungan memorandum itu, penyedia memorandum menyatakan bahawa majoriti warga JKR menolak sepenuhnya cadangan penswastaan atas beberapa faktor.

Walau bagaimanapun, menurut sumber yang diperolehi Malaysia Sentral, penghantar memorandum tersebut kini dikatakan sedang disiasat kerana tidak melakukan bantahan melalui saluran yang betul.

Malahan dakwaan bahawa Jabatan Kerja Raya akan diswastakan adalah jauh menyimpang dari tajuk asal iaitu jabatan tersebut tidak diswastakan, sebaliknya hanya melalui proses pengkorporatan.

Usaha Malaysia Sentral untuk mendapatkan pengesahan tentang kesahihan sumber yang diperolehi sehingga kini tidak berjaya.