Inkues Adib : Lokman Adam Dakwa Ahli Parlimen Kangar Gertak Pemilik Facebook Cik Miera

900

Oleh : Lokman Adam

Hari ini saya menerima beberapa “screen shot” perbualan whatapp YB Amin, Ahli Parlimen PH Kangar dengan seorang wanita bernama Miera, seorang kakitangan IJN yang merawat Arwah Adib, Ahli Bomba kita.

Diperingkat awal, sebaik sahaja seorang doktor pakar dari IJN, Dr Ahmad Hafizam membuat kenyataan bahawa tiada kesan dipukul pada tubuh Adib, Miera telah menyatakan keadaan sebenar Adib semasa Arwah sampai di IJN yang jelas menunjukkan bahawa Arwah Adib cedera bukan disebabkan kemalangan sepertimana kenyataan Dr Ahmad Hafizam.

Malangnya, hari ini apabila YB Amin mengertak Miera untuk memberikan kenyataan beliau di dalam inkues, Miera yang ketakutan akhirnya menukar kenyataan beliau dan telah menutup akaun FB beliau.

Nampaknya, 4 individu istimewa yang yang diberikan “PERLINDUNGAN KHAS” oleh Peguam Negara ini akan terlepas dari tali gantung selepas Inkues ini berkemungkinan akan merubah punca kematian Adib dari cedera akibat dipukul kepada cedera akibat kemalangan.

Tiada apa lagi yang mampu kita harapkan daripada sistem perundingan negara ini apabila manusia bernama Tommy Thomas, Peguam Ketua Komunis Malaya dan Peguam Lim Guan Eng diangkat menjadi Peguam Negara. Bukan sekadar Sivarasa Rasiah, Eric Paulsen, Rafizi Ramli, Hassan Karim, Siti Kassim, Tamrin Ghafar, Lim Guan Eng, Phang Li Khoon dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain terlepas dari perlaksanaan proses “rule of law”, kini pembunuh Arwah Adib juga mungkin terlepas.

Kepada Peguam Negara saya ingin memberi amaran, satu Malaysia tahu 4 “INDIVIDU ISTIMEWA” ini sudah didakwa dibawah Seksyen 302 kerana Cubaan Membunuh Adib. Jangan perlekeh kebijaksanaan rakyat, rakyat Malaysia bukan BODOH. 4 individu itu bukan pemandu lori yang melanggar Arwah Adib! Sebelum seseorang di dakwa, Pihak Polis sudah membuka kertas siasatan, sudah ambil keterangan tertuduh, sudah ambil keterangan saksi, sudah meneliti laporan perubatan dan pelbagai prosedur lain. Selepas lengkap kertas siasatan, barulah kertas siasatan itu dihantar ke Jabatan Peguam Negara. Selepas diteliti dan meyakini 4 “Individu Istimewa” ini telah benar-benar memukul dan mencederakan Arwah Adib sehingga terlantar di wad ICU IJN, barulah Jabatan Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas 4 “Individu Istimewa” tersebut.

EN TOMMY, tolong jelaskan kepada rakyat Malaysia, bagaimana ketika Adib cedera parah, Laporan Perubatan Mengatakan Beliau Cedera Kerana DIPUKUL, Tetapi Apabila Arwah Adib Meninggal Dunia, Tiba-tiba Beliau Mahu Diistiharkan Mati Akibat KEMALANGAN? Kamu telah menolak permohonan pihak Polis untuk menukar Pendakwaan 4 “Individu Istimewa” ini daripada dituduh dibawah Seksyen 307 Kanun Kesiksaan kerana Cubaan Membunuh kepada tuduhan dibawah Seksyen 302 kerana Membunuh. Kamu telah mengkhianati seorang Penjawat Awam yang telah dibunuh semasa menjalankan tugas untuk Negara dengan mewujudkan Inkues bagi menyelamatkan 4 “Individu Istimewa” itu.

Saya berjanji kepada kamu wahai En Tommy, orang pertama yang akan kami adili sebaik sahaja kami memerintah semula ialah Kamu dan Lim Guan Eng, bukan Tun Mahathir yang menjadi boneka kamu itu. Berpada-padalah mengkhianat Rakayat Malaysia, Nantikan penghakiman RAKYAT!

Dato’ Lokman Noor Bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat
UMNO Malaysia
23hb Mac, 2019