Jadual Penuh Pergerakan Kembara Mahkota Johor 2019

1359

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sudah bersedia untuk menjayakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini membabitkan perjalanan lebih 700 kilometer.

Pada KMJ kali ini, Baginda Tuanku Sultan berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi, “Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike”

Acara KMJ yang dinantikan Bangsa Johor pada setiap tahun merupakan Jelajah Keluarga DiRaja Johor menemui rakyat di setiap pelosok daerah.