Jangan Salah Guna Kuasa Walaupun Sedikit, Amanat PM Kepada Penjawat Awam

343

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyalahgunakan kuasa mereka walau sekecil mana sekalipun.

Beliau berkata kerajaan diamanahkan untuk memerintah negara dengan baik.

“Anggota kerajaan diberikan sedikit kuasa. Malah kerani juga ada kuasa,” katanya pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana pagi ini.

Beliau juga menceritakan kisah budak pejabat di pejabat Majistret Kedah semasa pemerintahan British.

“Majistret berkuasa tetapi budak pejabatnya juga berkuasa. Dia boleh menentukan majistret mempunyai masa lapang atau tidak untuk bertemu rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata budak pejabat itu menggunakan kuasanya untuk mengambil rasuah dan menggunakan wang itu untuk bercuti ke Pulau Pinang setiap hujung minggu.

“Ini tidak baik. Kita tidak boleh dilakukan ini, walaupun kuasa kita kecil,” katanya.

Beliau menambah ia bukan sekadar semata-mata menghindari rasuah, tetapi mereka yang berada di dalam kerajaan juga perlu menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

“Kita di dalam kerajaan, diberi pengetahuan, dihantar untuk pendidikan hingga ke peringkat universit untuk memberi kita kecekapan dalam menjalankan tugas.

“Jika kita menyalahgunakan kuasa, kita telah khianati bantuan yang diberikan kepada kita.

Beliau berkata mereka yang berjaya mempunyai kualiti tertentu, antaranya bekerja dengan cukup rajin, ikhlas dan amanah.

“Sebaliknya, jika kita ditugaskan dengan tanggungjawab, dan kita mengabaikannya, kita malas dan terlibat dalam rasuah dan lain-lain, negara tidak akan berjaya,” katanya.