“Janganlah Mata Buta Melihat, Telinga Bengal Untuk Mendengar” Pesan Adun Tupong Kepada Menteri PH

279

Saya ingin respond kepada kenyataan Lim Guan Eng semalam

1. Kenyataan LGE tentang ekonomi Sarawak jelas menunjukkan betapa betul tanggapan rakyat sekarang bahawa rata rata menteri PH dibawah paras bijak menghampiri tahap bodoh. Mereka ini masih dlm mode pembangkang dan lupa bahawa mereka segi memerintah Kerajaan Persekutuan. Setiap kenyataan masih bersifat politik dan bercakap tanpa fakta yang jelas bagi mengelirukan rakyat serta berniat jahat.

2. Kenyataan ini tidak bertanggungjawab kerana sebagai menteri, kenyataan beliau adalah pendirian kerajaan. Kenyataan sebegini akan mengakibat kesan negatif terhadap pelabur-pelabur, ekonomi negara dan ekonomi Sarawak. Adakah beliau lupa antara punca pendapatan Negara yang digunakan utk membangunkan semenanjung adalah dari hasil minyak Sarawak. Jika Sarawak bankrap, apa akan terjadi kepada Malaysia? Sarawak antara negeri yang mempunyai reserve yang tinggi hasil dari kebijaksanaan pimpinan Sarawak dan Sarawak lah yang banyak menyumbang kepada pembangunan yang dinikmati di Semenanjung.

2. Kenyataan ini adalah bodoh kerana – apakah beliau tidak mengambil kira punca pendapatan Sarawak yang lain. Adakah beliau tidak memeriksa fakta dahulu sebelum bersuara. Adakah beliau lupa kerana disebabkan oleh mulut celupar beliau, pelbagai masalah pelaburan dan bursa saham kita menjunam.

4. Jangan lah ada mata buta melihat, ada telinga bengal utk mendengar dan ada mulut tapi celupar dan sengaja tidak faham inisiatif yg telah dilaksanakan oleh YAB DP Abg Jo, KM Sarawak dalam menjana pendapatan. Ataupun pemikiran beliau tidak sampai ke tahap itu untuk berfikir.

5. Berhentilah berpolitik dengan akal pendek dan fokus kepada membangunkan Negara dan Negeri dan melaksanakan janji pilihanraya yang lepas kerana sebagai Menteri Kewangan beliau bertanggungjawab bukan sahaja kepada Negeri pimpinan DAP, tetapi seluruh Malaysia. Balik lah ke semenanjung dan fokus kepada mentadbir urus Negara. Jika tidak mampu melaksanakan tanggungjawab itu, maka lepaskanlah jawatan tersebut.

YB Fazzrudin Hj Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pemuda PBB sarawak
ADUN N6 Tupong