Jho Low Sengaja Dilepaskan?

619
Jho Low sebelum pembedahan

Jho Low sengaja dilepaskan?

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Low Taek Jho atau Jho Low sengaja dilepaskan? Itu kata-kata penganalisis dari Team MI yang enggan didedahkan.

Beliau ditanya susulan kenyataan IGP yang yakin dengan komitmen dan pengalaman Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein untuk terus membantu membawa pulang ahli perniagaan Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Hishammuddin yang pernah memberi tawaran kepada kerajaan PH untuk mencari Jho Low pada Oktober 2018, menegaskan bahawa beliau ingin melihat kesudahan berhubung kes 1MDB.

Oleh kerana sehingga kini Jho Low masih bebas menyebabkan penulis melakukan analisis kewartawanan sepintas lalu ini semoga kerajaan baru PN mendapatkqn maklumat yang benar, betul, tepat dan sahih.

Sebelum ini sudah banyak kali IGP mengumumkan sudah tahu di mana Jho Low, di mana dia bersembunyi, di mana dia menjadi warganegaranya tetapi tidak nampak hasil sehingga menimbulkan banyak persoalan.

Mengikut undang-undang Malaysia, mana-mana individu yang memiliki dua warganegara, salah satu warganegaranya akan digugurkan secara automatik.

Pertama, sebagaimana diketahui Jho Low memiliki banyak warganegara, jadi kenapa tidak dilucutkan warganegara Malaysianya?

Siapakah yang tidak mengambil tindakan melucutkan warganegaranya? Adakah Jabatan Pendaftaran Negara tidak tahu? Tanggungjawab JPN untuk melucutkan warganegaranya.

Kedua, sudah dimaklumkan sebelum ini oleh IGP yang tahu di mana keberadaan Jho Low tetapi tidak boleh ditangkap jerana tidak mendapat kerjasama negara terbabit.

Beliau kemudian meminta bantuan Hishammudin, hendak tolong tangkap tetapi sehingga ke saat ini Jho Low masih bebas, dilepaskan, tidak tangkap bawah undang-undang atau tidak bawa balik dan tangkap di Malaysia. Kerjasama dengan polis antarabangsa Interpol pun nampaknya gagal.

Ini juga membuka hipotesis bahawa polis sekarang semakin tidak cekap berbanding dengan suatu ketika zaman komunis dahulu, dimana polis telah tahu bahawa pejuang sayap kiri, Shamsiah Fakeh berada di China.

Polis secara senyap-senyap melakukan operasi pergi ke China mengambilnya dan berjaya membawanya balik ke Malaysia. Adakah polis sekarang sudah tidak ada kemampuan, kepakaran atau kemahiran untuk melakukan operasi yang sama untuk membawa pulang Jho Low sama seperti Samsiah Fakeh dahulu?

Atau polis sengaja tidak mahu bertindak sedemikian bagi melepaskan Jho Low?

Sejak tiga tahun lalu, Hishammuddin berkata beliau boleh membantu menangkap Jho Low kerana mempunyai sumber dan kenalan di banyak negara diseluruh dunia, tetapi tidak ada apa-apa perkembangan dari polis sehingga hari ini. Adakah kerana sengaja hendak melepaskan Jho Low?

Apakah bantuan yang Hishammuddin tawarkan dahulu? Logiknya sudah tentulah beliau memiliki maklumat keberadaan Jho Low, jika tidak masakan beliau menawarkan dirinya. Kini apabila Muhyiddin melantik Hishamuddin sebagai Menteri Luar, dimaklumkan polis bersedia meminta bantuan Hishammuddin menangkap Jho Low. Namun sehingga berita ini ditulis Jho Low masih lagi bebas.

Untuk rekod, Jho Low dituduh merompak duit 1MDB bersama Datuk Seri Najib Razak.

Lagi persoalan, Najib sedang didakwa kenapa Jho Low tidak didakwa bersama sedangkan pendakwaan boleh dilakukan walaupun tanpa kehadiran Jho Low?

Lagi persoalan, dimanakah logiknya Jho Low bersama Najib didakwa mencuri duit 1MDB, tetapi duit 1MDB tidak hilang pun, tidak ada repot polis oleh 1MDB yang kata duitnya hilang malah telah didedahkan dimahkamah bahawa RM2.6 Bilion itu bukanlah duit 1MDB tetapi duit derma dari Raja Arab Saudi?

Lagi persoalan, adakah pihak yang menuduh Najib sebagai penyangak, penyamun, pencuri dan perompak (duit 1MDB) sebenarnya telah memfitnah Najib?

Lagi persoalan, jika benarlah dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa duit 1MDB telah dirompak, siapakah perompaknya? Kenapakah tidak ditangkap tidak dilokap dan tidak didakwa? Malah perompak tersebut masih tidak diketahui dan masih bebas dilepaskan.

Lagi persoalan, sehingga kini terbukti bahawa dakwaan berkenaan masih merupakan hasutan dan fitnah semata-mata. Kenapakah polis tidak tangkap orang yang memfitnah Najib itu?

Sudah tentu pihak yang menuduh ada buktinya sepatutnya polis menyiasatnya tetapi kenapa semuanya dilepaskan?

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifi Ahmad dan bekas Timbalan Pendakwaraya telah mengaku sebagai saksi di mahkamah bahawa pihak pendakwaraya dan SPRM telah berpuas hati, tidak ada salah laku yang dilakukan oleh Najib sebagaimana dituduh dalam kertas siasatan dan mereka telah memutuskan NFA, No Further Action.

Sekali gus merumuskan bahawa Najib dan Jho Low tiada bukti mencuri merompak 1MDB atau tiada kaitannya dengan kehilangan duit 1MDB (jika ada).

Lagi persoalan, oleh kerana Najib sedang dibicarakan tetapi Jho Low masih dilepaskan ini membuka hipotesis wujudnya tangan ghaib yang amat berkuasa dibelakangnya.

Siapakah tangan ghaib yang berkuasa boleh melepaskan Jho Low daripada semua keadaan di atas?

Selaras dengan harapan baru rakyat terhadap Muhyiddin dan Perikatan Nasional, diharap kerajaan PN dapat menyiasat ke akar umbi ke lubang cacing membongkar, mendedahkan, menangkap dan mendakwa para penghasut pemfitnah dan tangan ghaib yang berlagak seperti tuhan ini.

Menurut penganalisis bebas ini, sekiranya pihak kerajaan terutamanya polis menghadapi jalan buntu dan menganggap mustahil atau ‘impossible’ untuk menyelesaikan kebuntuan ini disarankan kerajaan bolehlah meminta bantuan daripada Team MI iaitu Team Mission Impossible.