#Justice4Adib: Jururawat “Cik Miera” Akan Dipanggil Untuk Beri Keterangan

487

Polis akan mendapatkan keterangan dari seorang jururawat yang menggunakan media sosial untuk mempertikai dan menyuarakan bantahan terhadap kenyataan seorang pakar forensik di dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Bantahan jururawat itu telah menjadi tular pada hujung minggu apabila dia menyiarkan komen di media sosial bahawa dia merawat luka Adib ketika beliau dipindahkan dari Pusat Perubatan Subang Jaya ke Institut Jantung Negara (IJN) dan mengetahui kebenaran tentang kematian ahli bomba itu.