“Ka Siong Ini Pun Satu Hal”, Najib Mulakan Perang Terbuka Dengan Presiden MCA?

585

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini melalui satu hantaran di facebook miliknya dilihat melakukan sindiran terhadap Lim Guan Eng berhubung status akauntan bertauliah yang dimiliki Menteri Kewangan itu.

Hantaran yang dilihat seperti “pukul anak, sindir menantu” itu turut menyebut nama Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Najib menulis;

Ka Siong ini pun satu hal…

Tak sebab-sebab, kenapa ko tuduh dia ni akauntan tak bertauliah?

Siap dengan bukti-bukti kukuh pulak.

Ka Siong, you tunggu je masa ko tiba.

Takkan ekonomi negara kita dijaga oleh seorang akauntan tak bertauliah?

Mana mungkin?

Cuma 3 bulan belum saman tidak maksud dia tak akan saman.

Masih dalam proses pertimbangan nak saman ke tidak.

Dia sudah mula pertimbangkan sejak 11hb Februari.

You tunggu. Pihak media pun perlu sabar menunggu!

Mana tahu?

Mungkin masa tiba PRU15, dia akan saman korang sekaligus.