Kampung Baru : Dahulu Khalid Samad Cakap 90% Setuju, Kenapa Sekarang Cuma Cakap Lebih 60%?

1176

Isu pembangunan Kampung Baru kembali menjadi persoalan apabila mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengeluarkan satu ciapan melalui twitter rasmi miliknya hari ini yang mengatakan bahawa Perbadanan Kampung Baru (PKB) telah mendapat persetujuan lebih 60 peratus pemilik.

https://twitter.com/KhalidSamad/status/1246242144974598144?s=08

Peratusan terbaru yang dikeluarkan itu amat mengejutkan kerana ketika bergelar Menteri Wilayah Persekutuan, beliau sendiri pernah menyatakan kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kampung-baru-90-peratus-penduduk-yang-serah-borang-setuju-dengan-tawaran-kerajaan-218991
https://www.malaysiakini.com/news/494532

Persoalan yang timbul sekarang, kenapa dua amaun peratusan yang diumumkan oleh Khalid Samad adalah berbeza? Yang pertama diumumkan sebanyak 90 peratus dan terkini cuma lebih 60 peratus. Peratusan manakah yang tepat dan boleh dipercayai?