Kegagalan Kontraktor Pembersihan Jadikan Pejabat KDN Perlis Seperti Tempat Pembuangan Sampah

292

Kelemahan pengurusan dan kemungkinan wujud penyelewengan tender oleh syarikat pembersihan sisa pepejal zon utara mengakibatkan negeri Kedah dan Perlis berkemungkinan berdepan dengan krisis sampah tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan sebuah syarikat ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu penyelewengan tender sampah di negeri Kedah dan Perlis.

Hasil tinjauan di kedua-dua buah negeri pada hari ini mendapati kebanyakkan kawasan memang berlaku masalah kutipan sampah sejak minggu lalu. Longgokan sampah yang tidak dikutip mula mengeluarkan bau busuk serta menjejaskan aktiviti orang-ramai.

Ada di sesetengah kawasan, air busuk sampah mula memasuki perkarangan rumah mereka dan keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan turun. Mereka juga melahirkan kebimbangan akan penularan penyakit jika masalah tidak diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, kawasan-kawasan yang terjejas ini disebabkan kontraktor-kontraktor yang dilantik tiada pengalaman dan tidak mempunyai kelengkapan untuk membuat kutipan sampah dan pembersihan awam.

Lokasi terbaru yang dikesan mengalami permasalahan yang sama adalah berhampiran dengan Pejabat Kementerian Dalam Negeri negeri Perlis.



Malaysia sentral juga menerima satu rakaman video dari orang awam yang menunjukkan kaedah kutipan sampah yang didakwa tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh syarikat pembersihan sisa pepejal itu.

Baca juga; 2,000 Penduduk Taman Ria Berhadapan Bau Busuk Setiap Hari
Baca juga; Sampah Tidak Dikutip, Penduduk Taman Ria Gelisah