Kegagalan Tommy Thomas Buatkan Tun M Nampak Merapu Dan Nyanyuk – Peguam

444

Dari facebook peguam Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz;

Ini adalah kali ke 7, Tommy Thomas selaku Peguam Negara telah gagal memberikan Nasihat yang betul kepada Perdana Menteri yang kita sayangi.

Kegagalan TT memberikan Nasihat yg betul kepada PM Kita ini menyebabkan PM Kita nampak merapu dan nyanyuk dalam tulisan2 beliau.

Kesian PM Kita. Dah lantik AG terbaik pun beliau tak dapat Nasihat yg baik.

Saya rujuk kepada perenggan 13 tulisan terbaru PM Kita ini yg menulis spt berikut :-

  1. The constitutions of Johore and Terengganu which were promulgated earlier were nullified by the new constitution which was accepted by all the states of Malaysia. Accordingly on the 9th of May, 2018, the peoples of Malaysia went to the polls to elect the Governments of (the Federation) Malaysia and the Governments of the states.

Tulisan penuh beliau boleh di Baca di sini http://chedet.cc/?p=2943

JIKA TT MENJALANKAN TUGAS BELIAU MENASIHATKAN PM, BELIAU PASTI MENGINGATKAN PM KITA TENTANG PERKARA 71(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BAHAWA PERSEKUTUAN MENJAMIN HAK DAN KEISTIMEWAAN RAJA2 MELAYU SEPERTI YANG SEDIA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN NEGERI MASING2.

Jadi, di sebabkan TT gagal menasihatkan PM, maka merapulah PM Kita spt di perenggan 13 tulisan beliau bahawa Perlembagaan Johor dan Terengganu terbatal dengan kuat kuasa Perlembagaan.

KAT mana pulak peruntukan Perlembagaan Persekutuan yg membatalkan Perlembagaan Negeri Tun Det oii?

Persekutuan ada kuasa dia di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Raja-Raja ada kuasa Baginda di bawah Perlembagaan Negeri masing2.

Jadi apa yg PM 7 tulis ni adalah satu kesilapan yg berpunca dari kegagalan TT menasihatkan beliau.

Kesian PM Kita.

Asyik cakap merapu jer.