Kakitangan KEMAS Akan Dikenakan Tindakan Tatatertib Jika Hadiri Sambutan Hari Raya Anjuran Pembangkang

683

Semalam tular sekeping memo yang dikeluarkan oleh Pegawai Kemas Daerah Machang dan ditujukan kepada semua kakitangan di bawahnya.

Melalui memo yang ditandatangani oleh Pembantu Pembangunan Masyarakat gred S29 itu, kakitangan KEMAS dimaklumkan bahawa mereka adalah dilarang untuk menghadiri sebarang program mesyuarat atau keraian seperti sambutan hari raya yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.

Memo tersebut turut menegaskan tindakan tatatertib akan dikenakan kepada kakitangan jabatan itu sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.