Kerajaan Didesak Segera Roboh Tugu Julang Penjajah Jepun Dirasmikan Exco PH Kedah

535

Dari facebook The Patriots

Perhatian kepada pihak berkenaan, jangan bertindak kurang ajar pada rakyat. Kami rakyat Kedah berasa amat terhina dengan pembinaan Tugu “Wira” Jepun yang dibina di negeri Jelapang Padi ini.

Adakah hanya kerana Jepun menentang British, terus dianggap Jepun itu wira kepada orang Melayu? Penentangan antara Jepun terhadap British itu adalah perang antara Penjajah vs Penjajah yang merebutkan wilayah Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua.

Tentera Jepun datang membunuh orang-orang Melayu terutama sekali Cina (faktor dendam Perang China-Jepun). Dipancung, dirogol, diseksa! Raja-Raja Melayu dipaksa tunduk. Tentera dan pejuang Melayu bermatian-matian mempertahankan tanah air dari sebarang penjajahan.

Alih-alih Jepun yang dianggap wira? Apa tidak ada tokoh tempatan lagikah yang nak diangkat sebagai wira? Bahkan ramai pejuang tempatan yang syahid tanpa dikenang dalam lipatan sejarah. Tapak tamadun tertua Melayu di negeri Kedah seperti Sungai Batu sampai sekarang tidak ada lagi khabar mengenainya.

Tak kiralah sama ada Tugu ini bertujuan hubungan diplomatik dengan Jepun atas Dasar Pandang Ke Timur, kami rakyat Kedah meminta agar Tugu “Wira” ini segera dirobohkan.

#BuangSudahMenang

Ibn Jawi, The Patriots