Kereta Rasmi Dr Asri Dibaling Bom Petrol

281

Kenderaan rasmi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan.

Kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar itu disyaki berlaku awal pagi tadi.

Bh Online melaporkan Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan dari kediaman Mohd Asri sekitar jam 6.05 pagi tadi.

“Pihak polis bersama anggota bomba kemudian ke rumah beliau dan mendapati sebuah kereta Honda Accord hitam terbakar pada bahagian bonet hadapan.

“Kebakaran dapat dipadamkan anggota bomba dan kereta untuk kegunaan rasmi itu rosak teruk di bahagian bonet, enjin dan cermin hadapan dan belakang.

“Pihak polis tidak menolak kemungkinan ia adalah angkara khianat berikutan terdapatnya kesan pecah pada cermin hadapan dan belakang kereta akibat dibaling botol berisi petrol untuk tujuan membakar,” katanya yang menjelaskan pihak berkuasa sedang menyiasat secara terperinci kejadian itu.

Noor Mushar dipetik berkata beliau tidak menolak kejadian tersebut sebagai perbuatan kianat.

Terdahulu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari a/l Kiew berkata perbuatan itu disyaki dilakukan individu tidak dikenali.

“Kereta rasmi Mufti Perlis dipercayai dibakar orang tidak dikenali awal pagi ini,” lapor agensi berita nasional.