Khoo Kay Kim Digelar Anjing, Penyembah Melayu Oleh Netizen Cina Selepas Meninggal Dunia

1095

Ketika seluruh negara masih bersedih dengan kehilangan seorang negarawan, Profesor Emiritus Khoo Kay Kim semalam, dapat dilihat ada segelintir netizen yang kurang selesa dengan pembawakan mendiang ketika hayatnya.

Ustaz Firdaus Wong Wai Hung tampil dan menyuarakan kekesalan melalui hantaran facebook miliknya kerana mendapati sebahagian pemilik akaun berbangsa cina menghina mendiang melalui ruangan komen di facebook.

Beliau menulis;

Dahulu apabila Datuk Dr Harun Din meninggal dunia, mereka menghina. Saya tidak terlalu terkejut dengan sikap segelintir mereka ini kerana perbezaan bangsa, agama dan politik.

Namun apabila seorang sejarahwan berbangsa Cina bukan Muslim seperti Tan Sri Prof Khoo Kay Kim meninggal dunia, mereka juga menghina individu yang sebangsa dengan mereka. Pelbagai gelaran buruk seperti anjing, pengkhianat, penyembah Melayu dan ucapan ‘sepatutnya lama dah mampus’ diungkapkan. Astagfihrullah.

Jangan kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga & jangan kerana segelintir Cina yang lupa daratan dan berbeza pandangan maka kesemua Cina disalahkan dan menjadi mangsa kebodohan segelintir Cina yang kurang menghayati Kesopanan & Kesusilaan dalam Rukun Negara. 

Sahabat seMalaysia yang lain, kita perlu bersikap objektif. Yang kurang adab hanyalah segelintir dan jangan sesekali melempiaskan kemarahan terhadap mereka yang tidak bersalah. Nampaknya masalah adab dan akhlak semakin kronik di kalangan rakyat Malaysia dan sesuatu usaha bersepadu dan praktikal perlu dilakukan. Barangkali kita mulakan dengan mengikuti cadangan Tuanku Sultan Johor untuk adakan sekolah satu aliran terlebih dahulu?