Teo Nie Ching, KPM Tidak Sensitif, Seru Penganut Agama Lain Turut Serta Tambah Baik Pelajaran Pendidikan Islam

1186

Pengumuman yang dibuat Kementerian Pendidikan berkaitan penubuhan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) semalam mendapat maklumbalas negatif dikalangan warganet.

Keputusan KPM untuk menjemput individu, kumpulan dan institusi tanpa mengira agama dan bangsa, untuk mengemukakan cadangan bagi menambah baik dan membawa kemajuan kepada Pendidikan Islam dilihat tidak wajar dilakukan kerana ia dilihat akan menyentuh sensitiviti agama.

Pengguna facebook, Aznil Hisham menulis;

Menjemput semua individu, kumpulan, institusi tanpa mengira agama dan bangsa untuk menambahbaik mata pelajaran agama Islam???

Perlu penjelasan dari pihak kementerian.

Link berkenaan (telah didelete) : https://www.facebook.com/158435150866099/…/2361802323862693/

Sementara itu, satu lagi halaman facebook Seademon.TV menulis;

Wow! Semua bangsa dan agama dijemput untuk membincangkan penambahbaikan matapelajaran agama Islam di sekolah-sekolah.

Kita sebut sikit je pasal agama dia, terus kena kecam rasis!

Boleh tgk kat website Kementerian Pendidikan:

https://www.moe.gov.my/…/5434-kajian-tinjauan-dalam-talian-…