Kronologi Pembunuhan Kejam Siti Masyitah

252

SELEPAS dilaporkan hilang sejak 30 Januari lalu, mayat Siti Masyitah Ibrahim, 11, ditemui dalam keadaan amat tragis dengan tangan dan kakinya diikat, selain beberapa organ dalamannya hilang.

Mayat kanak-kanak itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 5 petang semalam.

* Siti Masyitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan pada jam 5 Petang, 30 Januari.

* Menurut keterangan ibu mangsa, Zaleha Abdullah, anaknya keluar menunggang basikal berseorangan selepas meminta RM1 untuk ke kedai runcit.

* Laporan polis dibuat di Balai Polis Pekan pada malam 30 Januari selepas usaha mencari dan mengesannya menemui jalan buntu.

* Basikal mangsa ditemui orang kampung beberapa hari kemudian kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

* Usaha mencari kanak-kanak perempuan itu diteruskan orang kampung termasuk melakukan pencarian di kawasan ladang kelapa sawit di mana mayat mangsa dijumpai.

* Pada 9 Februari mayat mangsa dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, kira-kira tiga kilometer dari rumah mangsa.

* Ketika ditemui mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput.

* Kepala mangsa juga sudah terpisah daripada badannya dan dilaporkan beberapa organ dalaman mangsa tidak dijumpai

* Mayat kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dijangka menjalani proses bedah siasat pada esok.