Lelaki Menyanyi Kepada Streram Hanya Penyamar? Kumpulan Qiara Buat Pendedahan Panas

726

Susulan tular di media sosial satu video yang mempamerkan seorang lelaki bernama Ahmad Nordi Nayan ( Nodi ) menyanyikan lagu kepada calon dari Pakatan Harapan, Dr. S Streram semalam, akhirnya halaman facebook kumpulan Qiara tampil memberikan pencerahan tentang status individu tersebut yang sebelumnya didakwa adalah vokalis kumpulan tersebut.

Melalui hantaran di facebook Qiara Official menulis;

Beliau bukan penyanyi asal yang popularkan lagu Hanya Padamu malah tak pernah ada lagu bersama Qiara. Tolong la jangan babitkan nama Qiara dengan politik. 😡😡😡😡

BHOnline #BeritaHarian #BeritaHarianOnline

Melalui ruangan komen status tersebut, didapati ramai warganet mengecam dan ada yang menyifatkan Pakatan Harapan terus menerus cuba menipu rakyat.

Malahan, tidak cukup dengan itu, ada segelintir yang mendesak agar kumpulan lagenda itu menyaman lelaki tersebut jika benar beliau adalah penyamar.