Lim Guan Eng Kenal Dan Pernah Bergambar Dengan Datuk Seri Yang Akan Didakwa Berkaitan Rasuah Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Esok?

356

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa di mahkamah pada esok kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Sumber berkata, pada Februari 2018, lelaki berusia 38 tahun itu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan utama projek terbabit selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

“Pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos 2017.

“Pembayaran pertama berjumlah RM2 juta dibuat pada Julai 2017 manakala bayaran kedua sebanyak RM15 juta pula dibuat pada bulan sama,” jelasnya.

Menurutnya, baki sebanyak RM2 juta pula dibayar pada Ogos 2017 dan kesemua pembayaran tersebut dilakukan di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Tambahnya, suspek akan berdepan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi esok.

NOTA;

Menurut sumber, Malaysia Sentral dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenali individu tersebut dan gambar beliau bersama individu bergelar Datuk Seri tersebut pernah tersebar di media.