Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 “Mengaibkan” Malaysia

675

Dari kaca mata seorang Pereka Grafik, Aiman Rosli menulis di facebook miliknya;

ANALISIS LOGO RASMI TERBARU ‘VISIT MALAYSIA 2020’

Secara umum, logo baru ini lebih baik daripada logo asal yang dilancarkan Kementerian Pelancongan di bawah menteri sebelum ini, Nazri Aziz.

Cantik atau tidak itu subjektif tetapi dari aspek teknikal logo ada beberapa perkara yang saya boleh dikomen;

1. Saya dan ramai pereka grafik berpandangan konsep seni agak seperti gaya 90-an.

2. Penyusunan teks nama kempen kelihatan mengelirukan. ‘Visit Truly Asia Malaysia 2020’ tidak dapat difahami maksud. Bahagian ini sangat mengaibkan imej negara bagi satu kempen peringkat antarabangsa.

3. Istilah ‘Truly Asia’ sudah terlalu basi dan hanya cedokan era lama kempen pelancongan Malaysia. Bahagian ‘Truly Asia’ diambil bulat-bulat daripada logo lama. Sekaligus ianya menjejaskan keaslian logo baru ini.

4. Elemen daun nampak terlalu umum dan tidak menggambarkan apa-apa tumbuhan ikonik negara.

5. Kontra warna juga tidak begitu baik

6. Susun atur logo & teks juga tiada variasi melintang. Ini menghadkan aplikasi logo pada saiz yang optimum untuk dibaca dengan jelas khususnya pada ruang berbentuk melintang.

Barangkali bukan salah pada pereka sebab kadang-kadang konsep awal mungkin lebih baik tetapi input-input dari mereka yang tidak begitu faham menyebabkan hasil akhir yang caca merba.



Contoh terbaik pada saya penjenamaan kempen pelancongan ialah ‘The Whole World within Russia’. Ia mengenengahkan konsep seni Suprematist yang berasal dari Russia. Konsep ini juga mengguna pakai sistem logo di mana terdapat beberapa set logo yang sama struktur asas tetapi ada ciri-ciri berbeza. Ini amat praktikal untuk tonjolkan kepelbagaian keunikan bagi sesebuah negara.

Boleh baca lanjut di: https://www.itsnicethat.com/news/russia-tourist-board-rebrand-graphic-design-100118

Saya juga pernah buat konsep tidak rasmi logo Visit Malaysia 2020 tahun lepas. Boleh lihat di: https://www.behance.net/gallery/67368605/Visit-Malaysia-2020

Sekadar komentar. Tidak salah jika anda berbeza pandangan.

AIMAN ROSLI
Brand Strategist | Graphic Designer
www.aimanrosli.com