Lynas Tidak Ditutup Untuk Tarik Pelabur Asing – Menteri

399

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menutup kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Pahang dalam mengurangkan keresahan pelabur asing datang ke negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, keputusan kerajaan itu adalah untuk mengembalikan semula keyakinan pelabur asing untuk terus menghasilkan produk yang berkaitan Lynas.

Beliau menjelaskan, ia turut membuktikan kerajaan pada hari ini adalah mesra perniagaan dengan meneruskan projek sebelum ini.

“Ini beri isyarat jelas kepada pelaburan asing datang ke sini dan saya mahu menyeru pelabur asing dan tempatan jangan gusar kerana kerajaan hari ini amal mesra perniagaan.

“Ada unsur bawa keresahan kepada pelabur asing tetapi kerajaan tidak akan menutup kilang Lynas di Pahang.

“Itu keputusan kerajaan untuk benar dan teruskan lagi pelaburan asing dalam negara untuk buat produk berkaitan dengan Lynas,” katanya selepas Majlis Program Pembangunan Usahawan Penggiat Seni di sini hari ini.

Mohd. Redzuan diminta mengulas langkah kerajaan untuk mengembalikan keyakinan pelabur datang ke Malaysia.

Beliau menambah, antara usaha lain menarik pelabur asing melibatkan perbincangan Jemaah Menteri yang akan membuka ekosistem lebih kepada bisnes mesra.

Jelasnya, perbincangkan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melibatkan soal banyak kerja-kerja dihentikan akibat kekangan kewangan selepas mengambilalih pentadbiran.

“Tetapi kita kembali balik agar kerajaan lebih mesra dengan meneruskan kontrak yang telah tandatangani.

“Begitu juga dengan bantuan dari segi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) iaitu kalau dahulu ada persetujuan bangunkan tanah dengan bantuan kerajaan akan turut diteruskan.

“Pada masa sama, kita menggalakann usahawan B40 untuk kumpul cadangan yang beri manfaat kepada kerajaan menerusi kertas kerja unik yang boleh buat rundingan terus seperti menerokai usaha boleh turun perbelanjaan negara darinsegi penggunaan tenaga,” katanya.

Ayuh kita imbau suatu ketika dahulu.