Mahathir Teruk Dimalukan Di Facebook Perdana Menteri Pakistan

1998

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiba di Pakistan untuk lawatan rasmi tiga hari ke Pakistan.

Perdana Menteri turut diberi sambutan rasmi di Prime Minister’s House pada pagi Jumaat. Malahan, setiap pengisian program yang melibatkan lawatan Tun Mahathir itu turut dimuatnaik ke halaman facebook rasmi Perdana Menteri Pakistan itu.

Walau bagaimanapun, kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ratusan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Tun Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Pakistan menjangkakan pelaburan sehingga USD900juta dari Malaysia bakal dapat dimeterai sepanjang tempoh lawatan Tun Mahathir ke negara itu.

Melalui status yang dimuatnaik Imran Khan, Tun Mahathir dikecam dengan kata-kata sinis oleh rakyat Malaysia.

Pengguna facebook Nabeel Naqie II menulis diruang komen;

Komen yang diberikan itu sehingga artikel ini ditulis, mendapat 76 ulasan balas termasuk dari pemilik akaun dari Pakistan.

Jebat May Kamarul pula menulis;

Selain itu, antara komen pedas yang dilemparkan, termasuklah dari akaun facebook Salahuddin Al-Ayubi yang menulis;

Bagi mengikuti lain-lain komen pedas dari rakyat Malaysia terhadap Tun Mahathir, pembaca boleh ikutinya di lampiran yang Malaysia Sentral kongsikan di bawah;