Mahathir Tidak Beri Jaminan Anwar Sebagai Bakal Pengganti Beliau Di Forum Doha

1021

DOHA: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mahathir Mohamad memberitahu peserta forum di sini bahawa beliau akan terus menyandang jawatan perdana menteri walaupun selepas 2020 dan tidak memberi jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menggantikan beliau.

Arab News melaporkan ketika ditanya pada Forum Doha di Qatar jika dia akan turun pada tahun 2020, Mahathir berkata beliau mahu menyelesaikan masalah yang dicipta oleh kerajaan terdahulu sebelum meletak jawatan.

https://www.arabnews.com/node/1598721/world

Beliau juga berkata tidak dapat menjamin siapa yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Mahathir menjanjikan pada 10 Disember untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, walaupun telah dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang lelaki.

Mahathir sebelum ini berkata beliau boleh menyerahkan kuasa selepas sidang kemuncak negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada November tahun hadapan, di mana Malaysia menjadi tuan rumah.