Malaysia Boleh Jadi Negara Aparthied Di Bawah DAP

162

Oleh: ISHAM JALIL

Semalam Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan juga wakil rakyat DAP Ngar Kor Ming mengatakan bahawa jika UMNO dan PAS memerintah, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di bawah Taliban.

Ini adalah suatu kenyataan yang cuba menakut-nakutkan kaum bukan Melayu di Malaysia supaya menentang penyatuan orang-orang Melayu.

DAP lebih untung jika orang-orang Melayu berpecah belah sebab bila orang Melayu berpecah mereka boleh menang pilihanraya dan memerintah negara seperti sekarang.

Perjuangan DAP dan PH ini tidak ada asas moral malah amat keji kerana mereka mahu berkuasa di atas perpecahan orang lain.

Mereka menuduh UMNO dan PAS rasis.

Namun hakikatnya, mereka (DAP dan PH) lah yang rasis.

Dalam sejarah dunia, pihak yang mahu golongan majoriti berpecah dan lemah supaya mereka (pemecahbelah ini) boleh berkuasa adalah pihak yang rasis kerana mereka mahu memerintah melalui perpecahan kaum dan kelemahan majoriti.

Ini sama seperti yang berlaku dalam kerajaan Apartheid di Afrika Selatan daripada tahun 1948 sehingga 1994 di mana kaum minoriti kulit putih memerintah majoriti etnik kulit hitam yang berpecah belah selama berdekad lamanya sehinggalah Presiden Mandela menyatupadukan orang-orang kulit hitam dan merampas kuasa.

Adalah tidak mustahil jika Kerajaan PH ini terus memerintah, suatu hari nanti Malaysia akan jadi negara Apartheid seperti Afrika Selatan dahulu di mana golongan minoriti memerintah golongan majoriti secara rasis dan kuku besi.

Malaysia tidak akan jadi negara Taliban seperti yang ditakut-takutkan oleh Ngar Kor Ming.

Namun tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara Apartheid di bawah DAP.

ISHAM JALIL
9 Mac 2019