Pakar Bayangkan Video Semburit Tular Adalah Tulen, Petik Media Australia

700

Pertubuhan media Australia, SBS News, telah meminta pandangan beberapa pakar mengenai klip seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Laporan itu menyatakan bahawa walaupun tidak dapat mengesahkan jika orang dalam video tersebut ialah Azmin, namun para pakar bersetuju bahawa kelihatan tidak ada sebarang pengubahan digital telah dibuat.

“Sekiranya ini (hasil kepintaran buatan AI) Deepfake, ia sangat baik,” kata salah seorang daripada mereka, Kevin Nguyen.

Menurut SBS, Nguyen ialah pakar forensik digital yang sebelum ini berunding dan menyediakan pengesahan kandungan untuk BBC dan New York Times serta kini bekerja untuk Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Berikutan analisisnya terhadap ketiga-tiga klip itu, Nguyen berkata: “Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa.

“Saya menjalankan beberapa analisis forensik… terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,” jelasnya.

Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat juga memberikan gambaran yang sama.

“Dengan menghalang artifak mampatan (compression artifacts), tidak ada jejak algoritma (AI) deepfake yang pasti, seperti orientasi muka yang tidak konsisten, atau wajah yang terapung” katanya.

SBS, yang merupakan organisasi berita yang dibiayai oleh kerajaan, memetik Siwei sebagai pakar dalam bidang kepintaran buatan dan forensik media.

Walau bagaimanapun, pakar lain yang dipetik SBS, Giorgio Patrini, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Deeptrace dari Australia, berkata kualiti video itu terlalu rendah untuk membolehkan mendapat suatu analisis muktamad.

Firma Patrini mengendalikan pengesahan video yang diubah dengan teknologi Deepkfake.

“Tiada seorang pun daripada penganalisis yang boleh mengesahkan bahawa Azmin ialah lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital,” kata laporan itu lagi.