Mengapa Selepas Azhar Jadi Pengerusi SPR, Tarikh PRK Semakin Lambat?, Soal Ahli Akademik

428

Dari Facebook Kamarul Yusoff;

MENGAPA PRK SEMAKIN LAMBAT?

Esok, 16 Disember 2019, akan ada Mesyuarat Khas PRK Kimanis.

Dalam cuba menjangka tarikh PRK Kimanis, saya perasan tempoh PRK semakin lambat sejak Datuk Azhar Azizan Harun mula menjadi Pengerusi SPR pada 21 September 2018.

Sebelum Datuk Azhar menjadi Pengerusi SPR:
(1) Sela masa antara Mesyuarat Khas PRK Port Dickson (20 September 2018) dan Hari Penamaan Calon (29 September 2018) hanyalah 9 hari sahaja.

Bagaimanapun, selepas Datuk Azhar menjadi Pengerusi SPR:
(1) Sela masa antara Mesyuarat Khas PRK Cameron Highlands (19 Disember 2018) dan Hari Penamaan Calon (12 Januari 2019) menjadi 24 hari.
(2) Sela masa antara Mesyuarat Khas PRK Sandakan (5 April 2019) dan Hari Penamaan Calon (27 April 2019) menjadi 22 hari.
(3) Sela masa antara Mesyuarat Khas PRK Tanjung Piai (1 Oktober 2019) dan Hari Penamaan Calon (2 November 2019) menjadi 32 hari.

Mengapa agaknya PRK semakin lambat sekarang?