“Mentang-mentang Ramai Tak Pernah Jadi Menteri, Ingat Senang Nak Tipu?”, Soal Wee Ka Siong Kepada Anthony Loke

385

WEE KA SIONG MENULIS DI FACEBOOK MILIKNYA

Akhirnya menteri DAP Anthony Loke terpaksa tampil menjawab tentang kehadiran isterinya dalam satu mesyuarat rasmi negara di Beijing, China bulan lalu.

Anthony Loke kata isterinya, Ng Chi Ling menghadiri pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China di Beijing atas dasar undangan Khas Menteri Pengangkutan China Li Xiaopeng ke atas isteri Anthony?

Mentang-mentang ramai tak pernah jadi Menteri, ingat senang nak tipu? Tapi, tak kurang juga mantan Menteri, penjawat-penjawat awam khususnya PTD yang memang faham dengan prosedur yang sedia ada. Anthony janganlah cuba kelentong!

www.malaysiakini.com/news/465872

“Menteri Pengangkutan China yang menjemput isteri saya, apa masalah MCA?”

Ehwa, bukan main angkuh Menteri DAP ini!

YB Anthony Loke, sila jawab soalan berikut:

( 1 ). Memang ada pekeliling rasmi kerajaan yang membolehkan Menteri membawa isteri apabila melakukan lawatan ke luar negara jikalau tempoh lawatan tidak kurang 7 hari. Selagi Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dibentang di kabinet dan diluluskan, tiada masalah. Orang ramai TIDAK mempertikaikan kenapa Anthony membawa isteri ke luar negeri. Betul, isteri Anthony boleh menjadi anggota rombongan jika kabinet lulus MJM dan mengiringi Menteri ke luar negeri tetapi TIDAK bermaksud isteri Menteri boleh menyertai mesyuarat rasmi antara dua negara. Ini dua perkara yang berlainan, Menteri perlu ikut SOP, norma dan etika kerja yang sedia ada dan bukan ciptaan sendiri, faham?

( 2 ). Kalau isterinya sekadar hadir ke jamuan makan malam kerana diraikan oleh Tuan Rumah, itu memang perkara biasa dan TIDAK menjadi isu! Tapi, kalau isteri masuk ke mesyuarat rasmi memang tak boleh kerana ianya melanggar SOP, norma dan etika kerja kerajaan, faham? Hanya mereka yang diberi kuasa / bertauliah seperti Menteri, pegawai-pegawai Kementeriannya dan Wisma Putra sahaja yang berhak mewakili Malaysia. Semua Menteri perlu mengangkat sumpah menyimpan rahsia dan para pengawai tertakluk kepada sumpah jawatan & juga tertakluk kepada OSA. Hasil perbincangan itu adalah RAHSIA, tidak boleh dizahirkan kepada sesiapa. Faham tak YB Anthony?

( 3 ). Apa yang paling penting, sepanjang pengalaman saya berurusan dengan negara China, Kerajaan China belum pernah & juga tidak mungkin menjemput isteri Menteri Pengangkutan Malaysia untuk menghadiri mesyuarat formal yang melibatkan urusan dua negara. Lazimnya, Menteri Malaysia sendiri yang menentukan siapakah pegawai yang layak menghadiri mesyuarat rasmi dengan nasihat Wisma Putra. Kalau dikatakan Menteri China Li Xiaopeng yang menjemput isteri Anthony Loke untuk hadir di mesyuarat tersebut, saya memang syak dan menganggap ianya satu pembohongan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Pengangkutan Malaysia. Jika penjelasan Anthony benar, ini pasti mencipta satu sejarah penting yang mengagumkan, kerana belum ada isteri Menteri Malaysia sebelum ini diundang khas untuk menyertai mesyuarat dua hala. Maka YB Menteri diseru untuk menunjukkan surat jemputan rasmi dari Menteri China yang dituju khas kepada isteri Anthony. Ada tak? Kalau tak dapat tunjukkan bukti, maka kenyataan Anthony semalam sah 100% tipu serta mencemar reputasi dan menjejaskan kewibawaan kepimpinan kerajaan China yang diterajui Presiden Xi Jinping, jangan main-main!

Tumpang tanya boleh? Apakah jawatan isteri Anthony Loke dalam Kementerian Pengangkutan dan kenapa rakyat tidak diberitahu tentang pelantikan tersebut?

Anthony menganggap kritikan MCA terhadap perbuatan sebegini ialah publisiti murahan. Anthony, mengapa membongkar perbuatan yang menjejaskan imej negara dianggap sebagai publisiti murahan?

Kenapa mengkritik perbuatan tidak wajar pemimpin PH ketika menghadiri mesyuarat rasmi negara dituduh sebagai cubaan meraih publisiti murahan?

Maklumlah dia Menteri baru. Kata Tun Daim, masih menggantung lesen “L”! Tetapi janganlah bersikap angkuh dan enggan menerima teguran!