“Menteri ‘HARAPAN COIN’ mewakili dana pemaju swasta untuk beli (hartanah Kampung Bharu) ke?”, Soal Najib

401

Dari facebook Najib Razak;

Sekali lagi, Menteri HARAPAN COIN Khalid Samad meroyan tak tentu arah di media sosial.

Kali ini tentang isu pembelian tanah Kampung Bharu.

Saya rasa kemahiran membaca dia agak lembab kerana dia membuat beberapa tuduhan tidak berasas terhadap saya:

NOMBOR 1. Dia tuduh saya kata nilai tanah Kampung Bharu adalah RM3,000 satu persegi.

Khalid patut baca betul-betul:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156359461650952/

Apa yang saya kata ialah harga tanah di KLCC adalah RM3,000 satu kaki persegi manakala harga yang ditawarkan PH sebanyak RM850 yang berdasarkan harga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).adalah jauh lebih rendah.

Dengan menggunakan contoh dari Guan Eng, saya kata harga JPPH boleh jauh di bawah harga pasaran.

Saya tak kata harga tanah di Kampung Bharu mesti RM3,000 psf tetapi patut lebih tinggi berbanding harga JPPH.

NOMBOR 2. Dia dakwa kerajaan BN masa saya PM pernah tawar harga RM300 satu kaki persegi untuk tanah Kampung Bharu.

Ada juga penyokong PH yang menggunakan artikel tahun 2015 ini sebagai “bukti” harga tawaran RM300:

Penduduk Kampung Baru berhak persoal harga tanah
https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/penduduk-kampung-baru-berhak-persoal-harga-tanah-1.69026

Sekali lagi, sila baca artikel itu betul-betul.

“mengulas kekecewaan 50 pemilik dan pewaris di tiga buah kampung yang mempersoalkan harga bagi satu kaki persegi tanah di Kampung Baru yang masih belum terjawab sehingga kini.”

“Mereka turut mendakwa, ditawarkan harga RM300 bagi setiap kaki persegi yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran sekali gus menyebabkan mereka tidak tertarik untuk menggabungkan lot-lot tanah untuk pembangunan.”

Apa yang mereka persoalkan sebenarnya adalah harga tanah masih belum ditetapkan oleh kerajaan BN dahulu pada masa 2015 itu.

Yang menyuarakan untuk rakyat Kampung Bharu itu juga Timbalan Menteri Kewangan BN masa itu:

“Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, PKB tidak boleh memberi alasan bahawa tanah-tanah­ di kawasan itu masih belum dinilai oleh mana-mana pihak kerana pembangunan bakal dimulakan.”

Ada baca betul-betul?

“BELUM DINILAI”.

Kerjaan BN masa saya tak pernah membuat tawaran sebanyak RM300 satu kaki persegi untuk tanah Kampung Bharu.

Jika benar-benar ada, dah lama Khalid dan Mujahid berguling dan tidur di tepi jalanraya Kampung Bharu untuk membantah masa itu.

Tapi mereka tak buat demikian kerana memang tak ada tawaran RM300 satu kaki persegi.

Apa yang berlaku ialah penduduk saya mungkin merujuk kepada artikel media yang pernah menyebut nilai JPPH pada Mac 2007 (12 tahun dahulu) yang menetapkan kadar RM270 ke RM300 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500 ke RM600 per kaki persegi bagi tanah perdagangan

Kampung Baru Kekal 100 Peratus Milik Bumiputera
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/06/10/kampung-baru-kekal-100-peratus-milik-bumiputera

Adalah juga mustahil untuk kerajaan BN membuat tawaran RM300 itu pada tahun 2015 kerana Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) 2020 belum lagi siap masa itu.

Untuk maklumat Khalid, kerajaan BN masa itu melantk sebanyak 6 perunding untuk membuat kajian nilai tanah Kampung Bharu pada masa itu:- antaranya Rahim & Co International Sdn. Bhd, Raine & Horne International, Zaki + Partners Sdn. Bhd, JB Jurunilai Bersekutu Sdn. Bhd, W. M. Malik & Kamaruzzaman Property Management Sdn. Bhd, IPC Island Property Consultant Sdn. Bhd dan Hakimi & Associates Sdn. Bhd.

Kita bukan hanya berdasarkan penilaian harga JPPH kerajaan sahaja seperti PH tetapi menggunakan penilaian harga pasaran.

NOMBOR 3: Khalid kata saya nak membeli tanah Kampung Bharu secara peribadi tetapi saya tak mampu kerana saya bukan kerajaan.

Bila masa saya kata saya nak beli? Saya tahu saya bukan kerajaan hari ini. Tiada keperluan Menteri WP ini angkuh sangat serta fitnah saya nak beli.

NOMBOR 4: Khalid kata pemilik tanah yang jual tanah Kampung Bharu boleh beli balik tanah tersebut selepas dimajukan dengan duit diperolehi.

Ye ke Khalid? Jual harga RM850. Lepas dibangunkan, beli balik dengan harga RM850 ke?

Bagaimana tu?

Tapi satu persoalan yang Khalid patut jawab ialah dana siapa yang dia gunakan untuk beli tanah Kampung Bharu?

Guan Eng tak pernah meluluskan apa-apa peruntukkan untuk projek ini dalam bajet 2019 pun.

Bukan kata kerajaan tak ada duit kerana kononnya hutang RM1 trilion?

Menteri HARAPAN COIN mewakili dana pemaju swasta untuk beli ke?