Menteri Kewangan Luluskan Pengecualian 50 Peratus Cukai Keuntungan Harta Tanah Kepada Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang?

710

Sebuah halaman facebook, Malaya Voice semalam telah mengongsikan sekeping surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Kewangan bagi memberi jawapan balas terhadap permohonan Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang.

Halaman itu menulis;

Goodjob Menteri Kewangan!

Suatu berita yang menarik utk dikongsi kepada rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam.

Yak yak yeay!

Kandungan surat bertarikh 16 Mei 2019 tersebut menyatakan bahawa YB Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9(3A) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 bersetuju mengecualikan cukai keuntungan harta tanah sebanyak 59% sahaja kepada Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang ke atas keuntungan yang diperoleh bagi pelupusan harta tanah Geran (first Grade) No.183, Lot No.609, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Sehingga artikel ini ditulis, Malaysia Sentral dapati status tersebut telah dikongsi sebanyak 57 kali dan mendapat 12 komen.

Sungguhpun begitu, kesahihan surat ini tidak dapat dipastikan ketulenannya. Diharap pihak Kementerian Kewangan dapat memberikan penjelasan sewajarnya bagi menjernihkan keadaan dalam masa terdekat.