Mujahid Umum Hibah Tabung Haji 2018 Hanya 1.25 Peratus, Terendah Berbanding Rekod 24 Tahun Sebelum Ini.

289

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan kadar agihan hibah Tabung Haji bagi Tahun Kewangan 2018 ialah 1.25 peratus.

Menurut Mujahid, pengagihan hibah kepada semua pendeposit Tabung Haji ialah sebanyak RM913 juta.

“Bayaran hibah sebanyak 1.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 9.3 juta pendeposit TH,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya, pada Jumaat.

Untuk rekod, TH mengumumkan 4.50 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.75 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.