Nabila Huda Hangatkan Keadaan, Kongsi Gambar Bercoli Di Instagram

813

Seringkali dikaitkan dengan cerita-cerita panas, pelakon Nabila Huda tak lekang dengan isu pakaiannya yang menjolok mata.

Terbaru, Nabila sekali lagi mengundang kontroversi apabila dia memuat naik sekeping gambar percutian pendek bersama suami dan anaknya.

Dalam gambar tersebut terlihat Nabila yang sedang duduk diatas katil dengan hanya memakai bra.

View this post on Instagram

Selamat Pagi.🧡 @TheShorea

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Memang ramai yang dah tahu, Nabila memang ‘tak makan saman’ dengan komen dan kutukan dari netizen. 

Namun, rata-rata netizen berasa kurang setuju dengan tindakan pelakon tersebut yang dikatakan kurang sopan dan tidak sesuai dengan usianya kini.

Tapi ada juga yang bersikap positif kerana berani untuk hidup dengan peraturan sendiri tanpa perlu risau dengan apa yang dikatakan orang ramai.

Nabila juga nampaknya ada memuat naik sekeping gambar sambil mandi dalam sungai dengan hanya memakai bra dengan kepsyen yang cukup sinis.