Najib Dedah Punca Bil Elektrik Naik Mendadak

799

Rebat ditarik bermula 1 Julai 2018 punca bil elektrik pengguna meningkat.

Itu kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulas isu kenaikan bil elektrik yang menjadi isu sekarang,

“Sebelum PRU14, pengguna elektrik domestik melebihi 300 kWj dan pengguna bukan domestik (perniagaan) menerima diskaun 1.80 sen untuk setiap kilowatt jam (kWj).

”Selepas PH menang, rebat ini telah ditarik untuk semua bermula 1 Julai 2018. Ini bermakna bil elektrik untuk semua pengguna telah meningkat,” katanya dalam entri Facebooknya hari ini.

Menurut Najib, bukan sahaja pengguna bukan domestik bukan sahaja ditarik rebat 1.80 sen setiap kWj tetapi juga dikenakan lagi surcaj 1.35 sen setiap kWj.

“Ini bermakna kenaikan tarif untuk pengguna bukan domestik telah naik 3.15 sen setiap kWj bersamaan dengan kenaikan tarif elektrik 6.8 peratus berbanding sebelum PRU14,” katanya.

Semalam, TNB melaporkan kerajaan PH telah meluluskan lagi kenaikan surcaj untuk semua kedai, peruncit pengilang, pejabat dan industri.

Surcaj untuk pengguna bukan domestik akan naik lagi dari 1.35 sen kepada 2.55 sen setiap kWj bermula bulan Mac tahun depan.

Bermula dari Mac 2019, bil elektrik untuk perniagaan dan industri akan naik 9.64 peratus berbanding tarif sebelum PRU14.

“Minggu lepas, kerajaan PH juga telah mengumumkan bahawa subsidi untuk petrol RON95 dan disel akan ditarik dan harga akan diapung semula bermula bulan April tahun depan.

“Harga minyak akan naik berdikit-dikit, kata mereka,” ujar Najib.

Kenaikan tarif elektrik dan harga bahan api pada tempoh yang hampir sama sudah tentu akan memberi kesan kepada harga barang dan kos sara hidup pada tahun depan.

“Siapa tahu di mana sudah perginya suara-suara pemimpin PH yang sering baring-baring atas jalan raya untuk menentang kenaikan harga elektrik dan petrol kononnya untuk mempertahankan rakyat sebelum PRU14?

“SST itu bermakna Senyap-Senyap Tibai, ke?
sindir Najib.- MalaysiaGazette