Najib Tidak Lebih Sekadar Bahan Ketawa – Mahfuz

132

ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dianggap sudah tidak lagi wujud dalam kamus politik Malaysia biarpun beliau merupakan negarawan.

Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar, Najib dilihat tidak matang di samping menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia terutama golongan remaja.

“Saya anggap beliau sudah tidak ada dalam kamus politik Malaysia sebagai seorang negarawan, bekas seorang perdana menteri tetapi bila dia buat sesuatu yang membuatkan orang ketawa menjadikan dia bahan ketawa…malu apa bossku dan sebagainya,” katanya.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib dalam laman facebooknya Rabu lalu yang menyebut beberapa menteri dari AMANAH sering menyebut nama beliau..

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Serahan Buah Limau Sempena Tahun Baharu Cina di Market Cowboy, Alor Setar, pada jumaat.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, Teh Swee Leong.

Bari-baru ini, Najib terkenal dengan tagline #maluapabossku dan diberi gelaran raja troll kerana aktif di media sosial.

Bagaimanapun tindakan beliau disifatkan hanya meraih simpati dan menutup isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan beliau.

Malaysia Sentral: Klik untuk tonton video lawak Mahfuz