“Nak Cari Tandas Pun Kena Daftar Dulu?”, Aplikasi Dilancar Zuraida Teruk Dihentam Netizen

547

Aplikasi My Water Closet atau lebih dikenali dengan singkatan MyWc yang dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin lima hari lalu dilihat menerima banyak reviu yang kurang menyenangkan daripada pengguna.

Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata sebanyak 2,625 tandas seluruh negara dimuat naik ke aplikasi itu yang diperoleh daripada pangkalan data asas Daftar Tandas Awam Seluruh Malaysia (DATAM).

Katanya, ia merangkumi pusat beli-belah, perhentian awam, sekolah, restoran, stesen minyak dan kawasan pelancongan,.

“Statistik tahun lalu menunjukkan 98 peratus tandas awam secara keseluruhannya mencapai penarafan tiga bintang dan ke atas, iaitu peningkatan 30 peratus berbanding tahun sebelum ini.

“Semua PBT disaran melaksanakan penarafan bintang tandas awam di kawasan masing masing bagi memastikan sentiasa bersih dan selamat digunakan, sejajar teguran Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menyifatkan tandas awam di negara ini sebagai ‘memalukan’,” katanya kepada media selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Pelancaran Aplikasi MyWC di kementeriannya.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di aplikasi tersebut, dinyatakan bahawa ia dibangunkan untuk memudahkan pengguna mencari tandas awam berdekatan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian yang dibuat Malaysia Sentral di rungan reviu pengguna, ternyata aplikasi ini perlu dinilai semula.

Berikut adalah sebahagian komen yang ditinggalkan pengguna aplikasi tersebut diruangan reviu;

Semakan Malaysia Sentral juga mendapati dakwaan pengguna berkaitan aplikasi MyWc ini ada asasnya. Sebelum boleh membuat carian tandas awam, pengguna dikehendaki untuk mendaftarkan diri terlebih dahulu dan ini amat menyusahkan bagi individu yang benar-benar terdesak untuk menggunakan tandas.