Netizen Dedah MB Johor Naiki Feri Ke Batam Ketika Rakyat Pasir Gudang Masih Dilanda Musibah

1213

Ketika musibah pencemaran toksik yang melanda Pasir Gudang masih kecoh diperkatakan dan mendapat perhatian pelbagai pihak dari seluruh negara, 3 halaman facebook hari ini mendakwa Menteri Besar, Dato’ Haji Osman bin Sapian didapati menaiki feri untuk ke Batam, Indonesia.

Halaman facebook Orang Kampung menulis;

Melalui status sama, pemilik facebook berkenaan turut mengongsikan beberapa helaian yang didakwa dokumen perjalanan yang memaparkan nama Osman bin Sapian serta tarikh perjalanan melalui ruangan komen.

Berikut adalah helaian yang dikongsikan melalui ruangan komen status tersebut;

Sementara itu, sebuah lagi halaman facebook yang dikenali sebagai Ops Johor turut menaikkan status yang menjurus kepada dakwaan yang sama.

Sekiranya dakwaan yang dibuat itu adalah satu fitnah, Osman harus segera tampil memberikan penjelasan untuk membersihkan namanya.

Selain dua halaman facebook tersebut, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia turut tampil mendedahkan perkara yang sama.