Netizen Kaitkan Suami Kepada Menteri Dengan Kilang Kimia Yang Beroperasi Di Pasir Gudang

975

Berikutan siri pencemaran udara di Pasir Gudang yang dilihat tidak berkesudahan, hari ini beberapa aktivis maya tampil dan mendedahkan bahawa antara kilang kimia yang beroperasi di kawasan tersebut turut diterajui oleh suami kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Pengguna facebook Ab Jalil Backer menaikkan status yang berbunyi;

Khabarnya antara kilang kimia bermastautin di Pasir Gudang adalah anak syarikat IOI Corp Bhd.

Suami Menteri Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, adalah CEO IOI.

Macam ini jangan kata tiga bulan, mungkin tiga tahun pun tidak selesai.

Lee Yeow Seng, suami kepada Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Sementara itu, sebuah lagi halaman facebook, MandatJohor turut tampil dengan kenyataan yang menjurus kepada maksud yang hampir sama. Sehingga artikel ini ditulis, status facebook berkenaan telah dikongsikan sebanyak 2,900 kali dan mendapat 772 komen dari wargamaya.

MandatJohor menulis;

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI

Patutlah masalah di Pasir Gudang tidak menemui jalan penyelesaian. Rakyat terus menderita, pemimpin hanya beretorik sahaja.

Pandai Menteri menggunakan perkataan Unik atau misteri. Tiada langsung langkah pencegahan mahupun tindakan kawalan dilakukan agar bencana yang melanda ini akan terhenti.

Rupa rupanya suami Menteri giat mencari keuntungan di atas kesengsaraan rakyat. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Masalah tidak akan berakhir jika pihak yang berkepentingan membuat kata putus.

#pray4pasirgudang