Op Selamat: Enam Kesalahan Utama Diberi Saman Mandatori RM300

300

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan Op Selamat 14 bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2019 bermula pada 29 Januari hingga 12 Februari ini.

Saman RM300 akan dikeluarkan serta-merta kepada pemandu yang didapati melakukan enam kesalahan utama sepanjang tempoh operasi ini iaitu:

1. Memandu di lorong kecemasan.
2. Melebihi had laju.
3. Tidak mematuhi lampu isyarat.
4. Memotong di garisan berkembar.
5. Memotong barisan.
6. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Dari facebook PDRM

Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan pengguna lain.