Orang Kuat Tun M Buat Laporan Polis Minta Siasat Video Lucah Dikaitkan Dengan Anwar

912

Pendokong kuat Perdana Menteri, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada Rabu telah tampil ke Balai Polis Dang Wangi membuat satu laporan polis terhadap video lucah yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui laporan tersebut, Khairuddin meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan satu siasatan forensik rapi terhadap video-video lucah yang pernah dikaitkan dengan Anwar pada masa dahulu.

Menurut beliau, gesaan tersebut dibuat bertujuan untuk menentukan status ketulenan semua video berkaitan.